18 Jun 2025 - Majlis bacaan yasin dan tahlil untuk allahyarham Tuan Haji Yaacob bin A Karim telah diadakan di kediaman allahyarham.
Bacaan yasin dan tahlil telah dipimpin oleh Ustaz Mohd Hizam bin Selamat.
Turut hadir mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh dan Prof. Madya Ts. Dr. Mustaffa Bin Hj Ibrahim, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pesuruhjaya Adult In Scouting).
Hampir 40 orang pemimpin pengakap dari seluruh daerah di negeri Johor turut sama membaca surah Yasin dan tahlil untuk allahyarham.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.22 petang 18 Jun 2025 dipangkuan isteri dan anaknya di rumah anaknya di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. Solat jenazah telah disempurnakan di Masjid Putra Heights selepas solat maghrib. Kemudian jenazah di bawa ke pulang ke kampung halaman di Batu Pahat.
Pada pagi 19 Jun 2025, allahyarham telah disemadikan di kawasan perkuburan Bukit Cermai, bersebelahan Taman Penggaram, Batu Pahat, Johor.
No comments:
Post a Comment