11 Oktober 2025 - Bertempat di Bilik Tun Teja, SMK Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor telah berlangsungnya Mesyuarat Post Mortem bagi Perhimpunan Agung Pengakap Johor ke-27.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Mejar AW Haji Mohd Khir bin Muda. Turut hadir, Pesuruhjaya Kehormat, Tuan Bardin bin Uteh.
Post mortem program telah dibentang oleh setiausaha program, Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim.
Pada mesyuarat tersebut telah diadakan penyerahan fail lengkap postmortem PAPJ27 dari Penasihat PAPJ27 - Tuan Mohamad Rizal bin Mat Said (Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Pentadbiran) kepada Penasihat PAPJ28 yang baharu dilantik iaitu Tuan Haji Ramli bin Ibrahim (Timbalan I Ketua Pesuruhaya Pengakap Negeri Johor).
PAPJ28 akan berlangsung di daerah Batu Pahat pada tahun 2028. Tuan Haji Rahmad bin Abd Rahman - Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat secara automatik menjadi Pengarah Program bagi Perhimpunan Agung Pengakap Johor Ke-28 kelak.
Majlis diakhiri dengan jamuan nasi beriani kambing di dewan makan, Surau Al Taqwa, SMK Dato' Syed Esa.
Link gambar https://photos.app.goo.gl/JabiyF56bv7wtAwC8

No comments:
Post a Comment