Pada 13 Disember 2025 bertempat di Dewan Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Mesyuarat Luar Biasa (EGM) dan Mensyuarat Agung Tahunan (AGM) Majlis Pengakap Negara Kali Ke-34, Tahun 2025.
Mesyuarat EGM dan AGM itu telah dipengerusikan oleh YBhg. Mej. Jen. Dato’ Prof. Dr. Mohd. Zin bin Bidin (B), Ketua Pengakap Negara merangkap Yang DiPertua Majlis Pengakap Negara.
Hadir sama, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara, YBhg. Dato’ Ahmad Shazilly bin Ismail Bakti dan Pemangku Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, YBrs. Dr. Mohammed Mukhyuddin bin Sarwani serta barisan kepimpinan tertinggi Pengakap Negara.
Dua orang perwakilan dari Pengakap Johor turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Tuan Haji Ramli bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah mewakili Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor manakala Tuan Mohd Rafi bin Razak, telah mewakili Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Johor.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi membincangkan hala tuju, tadbir urus dan pengukuhan gerakan Pengakap demi melahirkan generasi berdisiplin, berdaya kepimpinan dan berbakti kepada negara.









No comments:
Post a Comment