Kursus Manikayu Peringkat 3.2 siri 2 unit Pengakap Kanak- kanak (PKK) dan Unit Pengakap Muda (PM) - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 5, 2025

Kursus Manikayu Peringkat 3.2 siri 2 unit Pengakap Kanak- kanak (PKK) dan Unit Pengakap Muda (PM)

 


Tahniah diucapkan kepada Pasukan Latihan Pengakap Negeri Johor yang diterajui oleh Tuan Rodyisnanshah nin Julaihi dan juga barisan jurulatih, penolong jurulatih, pembimbing serta urusetia dalam penganjuran beberapa siri Kursus Manikayu dan ditutup dengan Kursus Manikayu Peringkat 3.2 siri 2 bagi pemimpin unit Pengakap Kanak- kanak (PKK) dan juga pemimpin bagI Unit Pengakap Muda (PM).

Tahniah kepada semua peserta!
Dalam siri terakhir ini bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, seramai 208 peserta mengikuti kursus ini bermula 28 hingga 30 november 2025.
Semoga pemimpin-pemimpin yang telah berkursus ini dapat menggerakkan kumpulan masing-masing (sekolah atau kumpulan terbuka) dengan ilmu yang betul dan dengan semangat yang lebih segar (fresh).
Tahniah pasukan PLNJ di atas penyediaan kursus dan peluang yang diberikan serta ilmu dan bimbingan yang dicurahkan.
Semoga Pengakap Johor terus maju dan sama-sama kita jadikan pergerakan ini menjadi pergerakan terbaik untuk ahli pengakap kita.
Tahniah! Tahniah! Tahniah!

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024