Individu yang berbakti : di belakang tabir menjayakan Kursus Kawad & Istiadat Pengakap - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jul 7, 2010

Individu yang berbakti : di belakang tabir menjayakan Kursus Kawad & Istiadat Pengakap

Tn Hj Yaacob bin A Karim
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor
Percaya pada team work pengakap Johor untuk bersetuju membawa kursus ini ke Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Labuh. Tetap ke kem walaupun terpaksa bertongkat. Semangat kental beliau membuatkan pengakap Johor terus bersemangat. Hidup Pak Akob!!
Tuan Mohd Asik : "Tuan Punya Daerah".
Selaku DC merangkap ketua urusetia sememangnya
Tuan Asik melunaskan tugas di atas pundak beliau sehingga sukses.

Tekun dengan hasil kerja tangan, supaya huruf yang dijadikan back drop sangat istimewa untuk tetamu istimewa & majlis istimewa. Tn. Hj. Noh : "Tuan Punya Pusat Sumber Pengakap Negeri Johor". Orangnya rendah diri tetapi amat bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab.


Tn. Khir orang paling berkuasa : "Kem Tuan Yang Punya"
Kata-kata gurauan, beliau adalah tuan Penyelia Kem Pengakap Tanjung Labuh setaraf dengan jawatan Pengetua AF - Akademi Fantasia.

Pn Habibah Ismail - PPNJ Tugas Khas ini memang komited dengan tugasnya. Syabas Kak Bib!!

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024