KARNIVAL PENDIDIKAN KOKURIKULUM PARLIMEN PAGOH 2010 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 6, 2010

KARNIVAL PENDIDIKAN KOKURIKULUM PARLIMEN PAGOH 2010


Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mengadakan Karnival Pendidikan Kokurikulum Parlimen Pagoh 2010 yang akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh : 9 hingga 10 November 2010
Tempat : SMK Felcra Bukit Kepong, Muar, Johor
Hari Pameran : 10 Nov 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pelajaran Negeri Johor memberi ruang kepada PPM Negeri Johor untuk turut serta mempamerkan aktiviti dan kegiatan dalam Pergerakan Pengakap.

Majlis ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jom ramai-ramai kita ke sana!!! Dapatkan buah tangan menarik di booth Pengakap!!

Jawatankuasa Terlibat
Penyelaras Pameran : Tn Hj Noh bin Hamim (PPNJ Pusat Sumber)
Pen. Penyelaras Pameran : Tuah bin Senin (ADC Muar)
Pembantu : Pengakap Daerah Muar.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024