Majlis MOU PPM Negeri Johor dan Kumpulan Pendidikan YPJ - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 6, 2010

Majlis MOU PPM Negeri Johor dan Kumpulan Pendidikan YPJ


Rabu, 2 November 2010 - Bertempat di Pusat Konvensyen PERSADA Johor, satu majlis menandatangani MOA/MOU di antara Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor dengan IBFIM, FPAM, PERHEBAT dan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah diadakan dengan jayanya.



Majlis berlansung selama hampir 2 jam turut melancarkan jurnal bertajuk "SAUJANA" terbitan KPYPJ.



Perjanjian MOA/MOU ini diantaranya memberi ruang bagi ahli pengakap negeri Johor yang berdaftar untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Sijil dan Diploma di KPYPJ. Selain itu, KPYPJ akan menubuhkan kumpulan Kelana di peringkat kolej bagi membolehkan pelajar-pelajar KPYPJ menyertai pengakap dan menjadikan pergerakan ini sebagai satu cabang aktiviti kokurikulum di kolej mereka.



Satu langkah ke hadapan. Tahniah PPM Negeri Johor.



Berita dipetik dari http://scoutsjb.net

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024