Kontinjen Johor di Korobori Kebangsaan Pengakap di Melaka - PENGAKAP JOHOR

Mar 18, 2011

Kontinjen Johor di Korobori Kebangsaan Pengakap di Melaka

Korobori+Melaka+KONJO

Pada 12 hingga 16 Mac 2011, telah berlangsung Korobori Pengakap peringkat kebangsaan di Kem Pengakap Bukit Katil, Melaka. Kontinjen Johor diketuai oleh En. Ramli b. Sharip, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulaijaya, 12 orang pemimpin dan 137 ahli PKK turut serta dalam korobori kali ini. Dimaklumkan bahawa peserta keseluruhan adalah sekitar 850 orang.  

200002_208829025794530_100000023037451_886714_567298_n

 Dipenuhi dengan aktiviti berbentuk kemahiran dan permainan pengakap. Di antaranya melawat tempat menarik sekitar Melaka seperti River Cruise, Muzium Samudera, Muzium TUDM, Menara Taming Sari, Kota A Famosa dan Zoo Melaka.

189522_208829232461176_100000023037451_886715_3639071_n

Negeri Johor telah mengambil bahagian untuk persembahan malam kebudayaan pada mlm ketiga. Kumpulan persembahan malam kebudayaan dari kontinjen Johor terpilih sebagai 4 kelompok negeri terbaik yang membuat persembahan pada Malam Kebudayaan Perdana di malam terakhir .

197246_208829545794478_100000023037451_886717_3964172_n

Korobori berlangsung selama 5 hari itu diharapkan dapat memberi ilmu baru kepada ahli PKK. Sekalung penghargaan kepada pemimpin yang mengiringi ahli PKK tersebut. 

199643_208828402461259_100000023037451_886707_6801719_n

Syabas!

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024