PENGAKAP JOHOR

PENGAKAP JOHOR

Raja Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi Pengakap


PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). 


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di sini, hari ini.
Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.

Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat, manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia. 

Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh. 

Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang. 

Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM. 
Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria. 

Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap. - BERNAMA 


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/RajaPermaisuriAgong_PMterimaanugerahtertinggiPengakap/Article
Raja Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi Pengakap Raja Permaisuri Agong, PM terima anugerah tertinggi Pengakap Reviewed by PPMNJ - PENTADBIRAN on 12:51 AM Rating: 5

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Klik Gambar untuk Video