PENDAFTARAN KEAHLIAN 2013 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 11, 2013

PENDAFTARAN KEAHLIAN 2013

Pendaftaran 2013

CONTOH

Adalah dimaklumkan bahawa semua Pemimpin Kumpulan bertanggungjawab memastikan pendaftaran kumpulan dan keahlian setiap ahli pengakap masing-masing bagi tahun 2013 dilaksanakan.

Anda boleh memuat turun Borang Pendaftaran bagi tahun 2013 di alamat :



Kaedah Pembayaran :

Semua pemimpin kumpulan hendaklah mendaftarkan semua ahli dengan mengisi borang yang disediakan serta menjelaskan bayaran terus ke dalam akaun Majlis Pengakap daerah masing-masing.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk keterangan lanjut.


Kadar bayaran pendaftaran bagi tahun 2013 yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia adalah seperti berikut:
  1. Kumpulan: RM 10.00 (*Hanya kepada kumpulan baharu ditubuhkan)
  2. Ahli Pengakap Kanak-kanak, Muda, Remaja & Pend. Khas : RM3.00
  3. Ahli Pengakap Kelana: RM5.00
  4. Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Ahli Biasa: RM5.00
Borang Pendaftaran Excel yang telah dilengkapkan akan mengira jumlah bayaran yang dikehendaki secara automatik tetapi pihak tuan boleh menyemak semula untuk memastikan jumlah bayaran adalah tepat.

Tarikh tutup pendaftaran ialah selewat-lewatnya pada 30 Jun 2013.
Dengan penjelasan di atas, kerjasama dan tindakan awal daripada semua pihak untuk menjalankan pendaftaran kumpulan masing-masing adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.



No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024