Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Negeri Johor tahun 2017 telah melabuhkan tirainya 11 November 2017. Program selama 3 hari itu berlangsung di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang, Johor. Korobori pada kali ini dengan tema Pengakap Memperkasa Budaya Melestari Seni disertai oleh 450 peserta PKK dan 125 Pemimpin dari seluruh negeri Johor.
Fokus program pada edisi kali ini adalah memperkasa permainan laying-layang yang merupakan sebahagian daripada budaya masyakarat yang kian pupus. Pelbagai aktiviti lain juga dijalankan termasuk pameran daripada beberapa agensi kerajaan seperti Bomba, Polis, Jabatan Kesihatan dan juga muzium Layang-Layang yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Pada Korobori kali ini juga, seramai 70 ahli PKK telah menerima Anugerah Ketua Pesuruhjaya Ketua Pengakap Negeri (Rambu PKK). Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Azman Bin Adnan yang merupakan Timbalah Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor, wakil rasmi YB Menteri Besar Johor.
Sumber: Mohamad Rizal Mat Said - Pen. Ketua PesuruhjayaPengakap Negeri Johor (merangkap) Pengarah Program Korobori Johor 2017.
.
No comments:
Post a Comment