Pada malam 19 Januari 2019, rombongan Pergerakan Pengakap dari Korea seramai 29 orang telah sampai di Johor Bahru, Johor. Mereka terdiri daripada pengerusi Gyeongbuk Council, Pengarah , Ketua Pesuruhjaya, Pesuruhjaya Antarabangsa dan beberapa orang pengetua. Terdapat juga seorang ahli pengakap berumur 15 tahun dan seorang Pengakap Kanak-kanak berumur 9 tahun.
Kehadiran mereka ke Johor Bahru adalah bertujuan untuk menandatangani perjanjian jalinan kerjasama. MOU ini dibertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama dalam menjalankan aktivti atau pertukaran program di antara Pengakap Negeri Johor dengan Pengakap Korea. Hubungan kerjasama ini juga menjadikan Pengakap Negeri Johor sebagai negeri berkembar dengan Gyeongbuk Council dalam aktiviti berpengakap.
Majlis upacara tandatangan MOU ini berlangsung pada 11.30 pagi, 20 Januari 2019, telah diadakan di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Johor. Seusai upacara tandatangan, rombongan ini dihidangkan jamuan sambil menonton persembahan Tarian Semaphore dari Pengakap Kanak-Kanak SK Pulai Perdana. Kemudian rombongan ini telah mengikuti lawatan ringkas ke Puteri Harbour, Forest City dan Gerbang Mahkota. Pada sebelah malamnya, rombongan ini telah dijamu makan sekali lagi sambil menonton persembahan tarian zapin oleh pengakap kanak-kanak.
Semoga MOU ini memberi manfaat kepada seluruh ahli Pengakap Negeri Johor, Pengakap Korea dan Pengakap Malaysia.
Annyeong-hi gaseyo (안녕히 가세요) = Selamat jalan!
Gamsahamnida (감사합니다) = Terima kasih!
Info diperoleh dari Puan Shariffah Maheran binti Mohamad
Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Antarabangsa.
No comments:
Post a Comment