Pendaftaran Keahlian Pengakap Malaysia Tahun 2019 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 10, 2019

Pendaftaran Keahlian Pengakap Malaysia Tahun 2019

Assalamualaikum dan Salam Pengakap.

Surat pemberitahuan pendaftaran keahlian Pengakap Malaysia Tahun 2019 bagi ahli pengakap negeri Johor yang diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dikeluarkan.
Mohon Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah memanjangkan surat pemberitahuan ini ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk tujuan pendaftaran.
Kumpulan pengakap juga boleh menggunakan surat ini untuk memberitahu Kuasa Penganjur masing-masing.

Nota Pengakap;
Siapa Kuasa Penganjur ?
Persatuan/Unit Beruniform Pengakap di sekolah semasa penubuhan dan pendaftaran setiap tahun hendaklah di bawah kebenaran kuasa penganjur yang terdiri dari:
1. Guru Besar di sekolah rendah dan (Unit PKK)
2. Pengetua di sekolah Menengah (Unit PM dan PR)
3. Pengetua/Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Unit Pengakap Kelana)

Tanggungjawab Kuasa Penganjur ialah:-
1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia;
2. Merupakan salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi ( official signatories) [ seorang lagi ialah pemimpin kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa untuk unit pengakap itu;
3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin pengakap;
4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu;
5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi luaran ( seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya ) untuk ahli-ahli;
6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024