Iftar Ramadhan & Bakti Kasih Pengakap Peringkat Negeri Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

May 27, 2019

Iftar Ramadhan & Bakti Kasih Pengakap Peringkat Negeri Johor


22 Mei 2019, PPM Daerah Muar yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Muar, Tuan Jamaluddin bin Sabu bersama pasukannya telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Iftar Ramadhan & Bakti Kasih Pengakap Peringkat Negeri Johor yang telah berlangsung pada 22 Mei 2019 di SK Seri Menanti, Batu Pahat, Johor. Program telah dirasmikan Timbalan 1, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Tuan bardin bin Uteh.
Aktiviti yang dipertandingankan adalah seperti tilawah Al-Quran, Azan, hafazan, tulisan khat dan pertandingan bercerita tentang kisah nabi.
Manakala aktiviti senggang dijalankan berbentuk stesyen. Dan aktivitinya ialah buat pelita raya, doodle raya, buat kad raya dan ketupat raya.
Serentak waktu aktiviti dipertandingkan, acara memasak bubur lambuk turut dijalankan. Sebanyak 250 bungkus bubur lambuk kemudiannya diedarkan kepada jiran sekeliling sekolah dan kenderaan yang lalu lintas di hadapan sekolah. Edaran bubur lambuk telah diketuai Tuan Bardin Uteh sendiri.
Sementelah majlis Iftar, disampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang. Turut sama diadakan majlis penyerahan bungkusan kepada golongan asnaf yang layak. 
Majlis Iftar berlangsung dengan meriah. Turut hadir bersama-sama iftar ialah Tuan Haji Ibrahim Hj Jonid, Mantan Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tn Hj Yaacob b A Karim.
Jumlah peserta adalah seramai 227 orang ahli pengakap, 41 orang pemimpin. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah 268 orang.
Tahniah buat penganjur dan tahniah buat semua yang terlibat!




























No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024