Program Jalinan Ukhwah, Ihya’ Ramadhan Pemimpin dan Ahli PPM Daerah Segamat bersama kariah Masjid Spang Loi. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

May 29, 2019

Program Jalinan Ukhwah, Ihya’ Ramadhan Pemimpin dan Ahli PPM Daerah Segamat bersama kariah Masjid Spang Loi.


Sabtu, 25 Mei 2019 – Bertempat di Masjid Saidina Ali, Kampung Spang Loi, Buloh Kasap, Segamat, Johor telah diadakan Program Jalinan Ukhwah, Ihya’ Ramadhan Pemimpin dan Ahli PPM Daerah Segamat bersama kariah Masjid Spang Loi. Program bermula sekitar jam 9.30 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.

Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti gotong royong memasak bubur lambuk, pembungkusan bubur lambuk dan penyerahan bubur lambuk kepada komuniti sekitar iaitu 2 lokasi bazar Ramadhan Bandar Utama dan Taman Yayasan.

Selain itu pengisian aktiviti seperti Program Tazkirah, Tadarus Al Quran, Penyerahan Sumbangan kepada golongan asnaf, Khatam Al Quran turut dijalanakan. Tahniah PPM Daerah Segamat yang dipimpin Tn Hj Anuar Halim dan buat semua yang terlibat.
















No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024