Mantan Bendahari Kehormat Allahyarham Tn Hj Samsi bin Nasir Pulang Ke Rahmatullah - PENGAKAP JOHOR

Jul 11, 2021

Mantan Bendahari Kehormat Allahyarham Tn Hj Samsi bin Nasir Pulang Ke Rahmatullah

 

hj+samsi+2


Khamis, 8 Julai 2021
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
DariNya kita datang. KepadaNya kita kembali. 

Dengan penuh rasa duka yang sangat dalam, kami keluarga besar PPM Negeri Johor memaklumkan bahawa telah kembalinya ke Rahmatullah Allahyarham Tuan Haji Samsi bin Nasir PPN, PIS, PLP pada 8 Julai 2021. Allahyarham adalah mantan Bendahari Kehormat ke-3, Majlis Pengakap Negeri Johor bermula tahun 2007 hingga 2015. Allahyarham juga merupakan mantan pengetua di beberapa sekolah menengah di negeri Johor. Allahyarham telah disemadikan di perkuburan Parit Hailam, Batu Pahat, Johor yang berdekatan dengan kawasan rumahnya.

PPM Negeri Johor mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan muslimin muslimat yang soleh. Semoga segala jasa dan bakti yang dicurahkan pada pengakap Johor diberikan ganjaran setimpal oleh Nya.

Alfatihah (dibaca)

Picture1


DSC_7590

DSC_7591

DSC_7614

hj+samsi
40011_148691451824995_5312024_n







Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024