Mesyuarat Penyelarasan Tugas : Jawatankuasa Kerja Pertandingan Foto Kreatif; Pengakap Johor Berskaf 2021 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jul 23, 2021

Mesyuarat Penyelarasan Tugas : Jawatankuasa Kerja Pertandingan Foto Kreatif; Pengakap Johor Berskaf 2021


24 Julai 2021 jam 9.00 malam

Medium : Google meet.
Telah berlangsungnya mesyuarat penyelarasan tugas bagi Jawatankuasa Kerja Pertandingan Foto Kreatif; Pengakap Johor Berskaf 2021 anjuran bersama PPM Negeri Johor dengan Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Mohd Faiz Danuri, ADC Profil Pontian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh penyelaras program, Pn Rosmah Abdullah dan turut sama pada mesyuarat adalah Jawatankuasa Induk yang terdiri daripada Tn Hj Ramli Ibrahim, Tuan Basri Efendy bin Masri, Tuan Rodyisnansyah bin Julaihi, Tuan Anuar Salleh dan Tuan Muhammad Falihin Kamari.
Jawatankuasa Kerja bagi pertandingan ini adalah terdiri daripada semua ADC Profil yang datang dari 11 buah daerah di negeri Johor.
Kata semangat yang diberikan pada awal mesyuarat oleh Tn Hj Ramli dan Tuan Rody sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat ajk yg terlibat.
Pelbagai teguran dan bimbingan diberi oleh Tuan Basri sepanjang mesyuarat berjalan. Semoga ianya menjadikan pertandingan ini mencapai matlamat sebenar.
6 hari lagi pertandingan ini akan bermula.
Tahniah buat semua yang terlibat!





No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024