Webinar Safe From Harm Anjuran PPM Negeri Johor bagi tahun 2021 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Sep 12, 2021

Webinar Safe From Harm Anjuran PPM Negeri Johor bagi tahun 2021

 

11 September 2021 – Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor melalui Pasukan Latihan Negeri (PPM Negeri Johor)dan Unit Program PPM Negeri Johor dengan jayanya telah mengadakan Webinar Safe From Harm secara dalam talian melalui medium youtube live dan facebook live pada jam 2.00 petang.

Panel jemputan merupakan Pengerusi Latihan Pengakap Negara, Tuan Dr Ekbert Yong Yen Loong. PPM Negeri Johor mengucapkan ribuan terima kasih di atas perkongsian ilmu yang telah disampaikan. Semoga dimanfaatkan oleh semua peserta webinar.

Seramai 1203 jumlah tontonan di youtube live dan 1106 jumlah tontonan di facebook live telah dicatatkan. Ia merupakan satu kejayaan penganjuran secara maya yang membanggakan.

Perasmian penutupan webinar telah disempurnakan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor. Moderator webinar adalah Cikgu Norhidayah binti Jalil.

Tahniah dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa program yang bertungkus lumus menjadikan webinar ini realiti dan dapat disertai bukan sahaja pemimpin pengakap Johor, malah negeri-negeri di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia.

Tahniah! Sampaikan ilmu berguna ini pada ahli pengakap di kumpulan-kumpulan anda!

Anda boleh mengisi borang pertanyaan dan soal selidik berkaitan program di sini :

https://dgkad.my/Safefromharm






















No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024