Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Arwah Mahazir bin Karimon - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Sep 14, 2021

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Arwah Mahazir bin Karimon

 


Assalamualaikum wbt dan salam pengakap.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan pengikut facebook rasmi Pengakap Johor yang telah turut serta dalam Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil untuk Arwah Mahazir bin Karimon malam tadi. Semoga dengan bacaan kita itu, dapat memudahkan urusan arwah di alam abadi. in Shaa Allah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada PPM Negeri Johor di atas penganjuran Majlis ini. Program telah diuruskan oleh Tn Hj Ramli Ibrahim dengan bantuan Tn Ezuwan Zailani - pengurus konti FB live, Tn Muhammad Falihin Kamari - mengendalikan Tabung Prihatin 3.0, Kempen sumbangan derma untuk keluarga arwah Tuan Mahazir Bin Karimon, sebagai tanda solidariti dan semangat kepengakapan dan Pn Rosmah Abdullah - menyedia bingkisan memori arwah.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga buat Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh di atas ucaptama dan pelancaran Tabung Prihatin 3.0.
Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Mohd Firdaus Maskan yang mengetuai bacaan, Tn Abu Khan Misran, YM Megat Nizar Abd Rahman, Tn Abd Razak Idris, Tn Kama Azhar Ab Karim, Tn Rodyisnansyah Julaihi dan Tn Mohd Mahathir Bin Baharudin.
Sekali lagi,
Semoga dengan bacaan kita itu, dapat memudahkan urusan arwah di alam abadi. in Shaa Allah. Aamiin.











No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024