Johor Virtual Cuboree 2021 Melabuhkan Tirai - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Sep 19, 2021

Johor Virtual Cuboree 2021 Melabuhkan Tirai


Alhamdulillah, bersyukur atas izinNYA JVC2021 telah melabuhkan tirainya pada hari ini.
Berakhir sudah dengan jayanya program Johor Virtual Cuboree 2021 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor bertaraf Peringkat Kebangsaan.
Bagi pihak Jawatankuasa Kerja JVC2021, saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat daripada Ahli Majlis Pesuruhjaya Negeri, DC, ADC, Pemimpin Pengakap dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Johor Virtual Cuboree 2021 yang berlangsung dari Julai hingga 19 September telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh Malaysia. Walaupun negara sedang dilanda pandemik, namun penglibatan Pengakap Kanak-kanak dan Pemimpin keseluruhannya menunjukkan semangat jitu kepengakapan kita semua. Syabas dan tahniah!
Sekali lagi bagi pihak Jawatankuasa Kerja JVC2021, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, YBhg. Tuan Bardin bin Uteh atas sokongan dan kepercayaan untuk menganjurkan program peringkat kebangsaan ini.
Sekian.
Mohd Khairi bin Jailani
ASC PKK


 

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024