Kunjungan Pengarah Bomba Negeri Johor ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 16, 2021

Kunjungan Pengarah Bomba Negeri Johor ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor


Kunjungan Pengarah Bomba Negeri Johor ke Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.

16 Disember 2021

Pada 16 Disember 2021, Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Kem Pengakap Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat YS PKPJB Dato' Haji Yahaya bin Haji Madis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor.

Rombongan kunjungan hormat ini turut disertai oleh PgKB II Ahmad Murad bin Saat, Ketua Zon 3, PKPgB Shawaluddin bin Ami Nordin, Pegawai Bahagian Latihan JBPM Negeri Johor, Ketua Kampung Kelicap En Husein bin Mohamed dan Ketua Kampung Sungai Suluh Besar En Rusman bin Buang.

Kunjungan rasmi tersebut disambut oleh barisan pemimpin pengakap negeri Johor yang diketuai oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh, barisan Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Daerah Batu Pahat dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat.

Kunjungan tersebut diadakan bagi membincangkan latihan bersama yang boleh memanfaatkan kepada ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor berkaitan hal ehwal kebombaan. YS Pengarah JBPM Negeri Johor telah berbesar hati menyerahkan gambar kenangan beliau ketika menyertai perkhemahan pengakap di kem tersebut pada era 70an untuk dipamerkan di galeri yang bertempat di Dewan Syed Esa, Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh. Pengarah Bomba Negeri Johor ini adalah seorang ahli pengakap semasa belajar di sekolah dahulu. Kehadirannya menggamit memori semasa beliau berkhemah di kem ini.

Semoga jalinan ini membawa kerjasama erat demi pembangunan kemahiran ilmu kebombaan untuk ahli pengakap dan juga ahli kadet bomba kelak.





















No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024