Misi Bantuan Mangsa Banjir oleh Pasukan Pengakap Kelana A Parit Raja dan Kumpulan Anak-anak Muda Jalan Pasar Parit Raja. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 24, 2021

Misi Bantuan Mangsa Banjir oleh Pasukan Pengakap Kelana A Parit Raja dan Kumpulan Anak-anak Muda Jalan Pasar Parit Raja.

 


25 Disember 2021
Pasukan Pengakap Kelana A Zon Parit Raja, Batu Pahat, Johor dengan kerjasama Kumpulan Anak-anak Muda Jalan Pasar, Parit Raja, Batu Pahat, Johor telah berangkat ke Hulu Langat, Sungai Lui dan kawasan sekitarnya dalam Misi Bantuan Banjir bagi menyampaikan barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di kawasan tersebut.

Projek Misi Bantuan Banjir ini diketuai oleh saudara Helmi bin Zailan dan 31 orang rakan sepasukan. Pergerakan misi ini telah dimulakan pada 24 Disember 2021 secara berkonvoi memulai perjalanan dari Pekan Parit Raja, Batu Pahat, Johor menuju ke negeri Selangor. Ia melibatkan sebelas buah kenderaan iaitu 2 buah lori dengan muatan 5 tan, 8 buah kenderaan pacuan 4 roda dan sebuah van.

Menurut saudara Shahril bin Haji Sumario, Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Batu Pahat (Zon Parit Raja) yang juga merupakan pemimpin Pengakap Kelana A Parit Raja Batu Pahat, pelbagai barangan keperluan telah dibawa termasuk makanan, minuman, pakaian, barangan dan peralatan cucian serta alatan keperluan peribadi. Misi ini mengikuti SoP di mana semua peserta dikehendaki menjalani saringan RTK sebelum menyertai misi.

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor mengucapkan tahniah di atas usaha murni pasukan ini dalam membantu mangsa banjir tersebut. Semoga misi ini mencapai objektif membantu mereka yang sedang ditimpa musibah.






























No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024