Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 21, 2021

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia


Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di ibu negara pada pukul 11.45 malam tadi (21 Disember 2021).

Datuk Osman Sapian, 70, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Damansara.

Bekas Menteri Besar ke-16 itu sebelum ini menerima serangan angin ahmar pada pertengahan Oktober lalu ketika berada di kediamannya.

Pada awal November lalu, keadaan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ayer Hitam itu dilaporkan stabil, namun masih belum pulih sepenuhnya.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Johor untuk urusan pengebumian.

Allahyarham telah merasmikan Kem Memorabilia Johor & International Regional Fellowship Jamboree yang telah berlangsung pada 17 hingga 20 November 2018 di Kem Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor.

Seluruh ahli Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan hambaNya yang soleh dan beriman.

Gambar koleksi PPM Daerah Mersing


Video semasa hari perasmian








No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024