Program Pengantarabangsaan Pengakap Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia-Thailand 2023. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Sep 5, 2023

Program Pengantarabangsaan Pengakap Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia-Thailand 2023.

 


Program Pengantarabangsaan Pengakap Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia-Thailand 2023.

Anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengarang Utama, Pengerang, Johor

 

Seramai 700 ahli pengakap telah berhimpun di Sangkhoom Islam Vittaya School dalam Program Pengantarabangsaan Pengakap Jalinan Kasih Malaysia-Indonesia-Thailand 2023. Program tiga hari anjuran Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengarang Utama, Pengerang, Johor itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi dan telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 27 Ogos 2023.

 

Pelbagai pengisian program yang menarik seperti bengkel kraftangan dan pembelajaran budaya, mural, pameran makanan tradisional tiga negara, pertandingan reka cipta invonasi, pameran koleksi dan kembara pengakap, program lestari alam dan sumbangan kepada asnaf di Songkhla. Pelajar Malaysia, Indonesia dan Thailand juga mengadakan 13 persembahan kebudayaan pada malam akhir.

 

Pada program ini juga, sebanyak 15 sekolah dari tiga negara terbabit menandatangani pelbagai memorandum persefahaman dalam usaha memperkukuhkan kerjasama dan jalinan hubungan pendidikan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand.

 

Perasmian penutup program pengantarabangsaan ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali.

 

Tahniah kepada Kumpulan Pengakap SMK Pengerang Utama yang merealisasikan program pengantarabangsaan ini.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1147765/700-ahli-pengakap-malaysia-indonesia-thailand-sertai-program



No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024