4 November 2023 - Persekutuan Pengakapp Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Bengkel Profesional Pemimpin Organisasi PPM Negeri Johor yang telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor.
Peserta bengkel ini adalah terdiri daripada semua PIPN (Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri Johor ), semua ADC Pentadbiran bagi 11 daerah dan semua ADC Program bagi semua daerah di Negeri Johor. Turut hadir Pengerusi Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor yang baharu dan mantan Majlis Pengakap Kelana Negeri Johor.
9 slot dengan pengisian berbeza telah disampaikan oleh;
Slot 1 - Job Description PIPN
Tn Hj Ramli Ibrahim (Timbalan PPM Negeri Johor)
Slot 2 - Pengurusan Profil
Pn Rosmah Abdullah (ASC Profil Kepengakapan)
Slot 3 - Urustadbir PPMNJ
En Anuar Salleh (ASC Pentadbiran)
Slot 4 - Kualiti Pemimpin Pengakap
Tn Hj Abd Razak Idris (Timbalan PPM Negeri Johor)
Slot 5 - Tazkirah Maulidurrasul (Maghrib/Isya')
Ustaz Khairunizam
Slot 6 - Dasar dan Hala Tuju PPMNJ
En Bardin bin Uteh (SC PPM Negeri Johor)
Slot 7 - Job Description ADC Pentadbiran dan ADC Program
Tn Hj Abu Khan bin Misran (ASC Penaraf Pengakap Raja & Penilai BP Awards)
Slot 8 - Skim Latihan
En Kama Azhar Ab Karim (ASC Latihan)
Slot 9 - Strategi Perancangan Efektif PPMNJ
En Basri Efendi b Masri
Penolong Pengarah Pembangunan Bakat Murid,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
(ASC Global Inisiatif)
Bengkel profesional ini bertujuan memberi pendedahan dan penerapan prosedur kerja Pesuruhjaya Ibu Pejabat Negeri yang lebih khusus berhubung dengan bidang tugas serta peranan bagi melancarkan jentera pengurusan PPM Negeri Johor.
Di samping itu peserta dapat memahami dasar serta prosedur operasi pengurusan organisasi kepengakapan yang dipraktik selaras dan berkesan di segenap peringkat.
objektif program adalah membentuk pasukan pengurusan yang berkesan dan menguasai bidang tugasnya, mempraktikan kemahiran merancang serta bertindak selaras dengan matlamat organisasi dan merealisasi budaya kolaboratif bagi membentuk mutu kerja yang berkualiti tinggi.
Tahniah kepada pengarah program, Tuan Haji Ramli bin Ibrahim dan pasukan yang menggerakkan hingga terlaksananya bengkel ini dengan cemerlang dan matlamat tercapai!
No comments:
Post a Comment