4th Baloo Camp State Challenge 2003 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 16, 2023

4th Baloo Camp State Challenge 2003

 


Pada 7 hingga 9 Disember 2023, bertempat di SK Taman Mutiara Rini 2, Johor Bahru, Johor telah berlangsungnya 4th Baloo Camp State Challenge 2003 di bawah program PGB Berkarya anjuran SK Taman Mutiara Rini 2 dengan kerjasama Kumpulan Pengakap 124 JB.

Menurut Pengarah Program, Mohamad Farid Bin Mohd Nandari, penganjuran perkhemahan kali ke-4 dan kali pertama di peringkat negeri ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada murid SKTMR2 dan juga ahli pengakap kanak-kanak yang menjadi wakil setiap daerah merasai pengalaman bersaing dengan pasukan lain secara sihat. Peserta dapat menimba perbagai pengalaman dan ilmu baharu dan mempelbagai proses mandiri.

Seramai 178 orang ahli pelbagai badan beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara Rini 2 menyertai perkhemahan ini. Program ini juga mendapat sambutan dari daerah-daerah di negeri Johor. Seramai 491 orang ahli pengakap kanak-kanak dari daerah Segamat, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Kulai, Johor Bahru, Pontian dan Pasir Gudang menjadi peserta jemputan pada perkhemahan ini.

Terdapat enam (6) cabaran yang dipertandingkan iaitu;
Cabaran 1 - Knotting Board (6 ikatan wajib & 4 ikatan tambahan)
Cabaran 2 - Cheese tart decoration
Cabaran 3 - Mini Pintu Gerbang
Cabaran 4 - Master Chef (Spaghetti Carbonara)
Cabaran 5 - Parachute Water Rocket (masa dikira ketika roket dilancarkan sehingga jatuh ke tanah. Pemenang ialah roket paling lambat sampai ke tanah).
Cabaran 6 – Scout Night Challenge

Selain daripada 6 acara dipertandingkan, terdapat juga aktiviti menarik yang telah dijalankan iaitu aktiviti Colour War yang melibatkan semua peserta perkhemahan.

Persembahan Malam Baloo Camp menjadi kemuncak aktiviti. Majlis telah dihadiri tetamu kehormat; Yang Berhormat Puan Marina binti Ibrahim, ADUN Skudai dan Encik Muhammad Ridzuan bin Abd Razak, wakil Parlimen Iskandar Puteri. Majlis dimulakan dengan gimik nyalaan unggun api sebagai persembahan pembukaan. Para peserta bergaya dengan pakaian masing-masing yang bertemakan pakaian pantai (Hawai).

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Unit Pengakap Kanak-kanak, Tuan Ezuwan Zailani Bin Ibrahim. Turut hadir bersama, Guru Besar SKTMR2, Puan Rasyidah Binti Abd Rahman.

Semoga semua peserta dapat ilmu dan di bawa ke kumpulan masing-masing untuk dikongsikan.

Nota :
Program PGB Berkarya
1. Program Pengetua dan Guru Besar Berkarya.

2. Pengetua dan Guru Besar ada ruang untuk menganjurkan program secara berkolaboratif dengan beberapa buah sekolah dan agensi luar (GO atau NGO).

3. Mesyuarat Jawatankuasa Induk Johor Showcase bil.1 tahun 2016 bertarikh 14 Disember 2016 adalah dirujuk.

4. Tujuan - Meningkatkan kualiti pemimpin dalam pengurusan kokurikulum dan menyediakan ruang dan peluang untuk murid terlibat dalam kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi.

5. Matlamat - Meningkatkan peratus (%) cemerlang PAJSK sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor.
6. Kaedah PGB Berkarya - sekolah menganjurkan program peringkat daerah/negeri/kebangsaan/ antarabangsa. Sekolah berkolaboratif dengan mana-mana sekolah/badan induk/agensi kerajaan/ agensi swasta untuk program ini.

7. Syarat utama kelulusan;
a. Mendapat kebenaran JPN, PPD & PGB.
b. Penyertaan murid adalah sukarela dan mendapat kebenaran ibu bapa.
c. Tidak mengganggu PDPr.
d. Semakan deraf poster/ gegantung/ hebahan digital/ sijil program
e. Tidak berasaskan keuntungan
f. Prosedur penggunaan logo PPD, JPN, KPM
g. Pelaporan program
h. Syarat khas program esports

8. Peringkat penganjuran adalah bergantung kepada bilangan penyertaan;
a. Antarabangsa - 3 negara (75% : 25%)
b. Kebangsaan - 3 negeri (75% : 25%)
c. Negeri - 4 daerah (75% : 25%)
d. Daerah - 5 sekolah (75% : 25%)

 


Album 1

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024