Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 2 Unit Kelana Tahun 2023 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 15, 2023

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 2 Unit Kelana Tahun 2023



Pada 6 hingga 9 Disember 2023, bertempat di Kem Jubli Intan, Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor telah berlangsungnya Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 2 Unit Kelana Tahun 2023 yang telah dianjurkan oleh Pasukan Latihan Negeri Johor.

Ketua Kursus : Tn Daren Kwei Pei Cheng (PK/III (1&2) - 097)
Ketua Kursus : Tn Abdul Hadi Bin Mohamed Zainal (PK/III(1&2) - 098)
Peserta terdiri daripada seluruh daerah di Negeri Johor dan turut serta adalah pemimpin pengakap dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) dan Kelana Siswa Malaysia (KSM).
Seramai 58 peserta yang terdiri daripada 36 orang lelaki dan 12 orang perempuan. Kursus dikendalikan oleh 11 orang jurulatih dan dibantu oleh 5 orang pembimbing. Seramai 11 orang Pemimpin dan Pengakap Kelana bertugas sebagai urusetia kursus.
Menurut pengarah kursus, Tuan Kama Azhar bin Ab Karim (Pesuruhjaya Latihan Negeri Johor) Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3 Bahagian 2 Unit Kelana ini adalah siri Kursus Manikayu yang terakhir anjuran PLNJ sebelum tahun 2023 melabuhkan tirainya.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tn Bardin Bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.
Tahniah buat semua peserta kursus!
Semoga menjadi seorang pemimpin yang berguna kelak!




No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024