BERNAMA Keratan Akhbar - Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 19, 2024

BERNAMA Keratan Akhbar - Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024




SERAMAI 123 penerima dianugerahkan bintang dan pingat dalam Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia 2024 yang diadakan di Batu Pahat, baru-baru ini.

Mendahului senarai penerima ialah Pesuruhjaya Kehormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor, Yaacob A Karim, yang menerima Bintang Semangat Padi – Perak.

Pingat itu adalah anugerah kedua tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Semua anugerah berkenaan disampaikan Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin.

Berucap pada majlis itu, Mohd Zin berharap agar seluruh warga pengakap Johor akan terus melakar kejayaan dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi, berintegriti serta bersemangat dalam melaksanakan tugas-tugas kesukarelawanan.

“Saya turut berbangga dengan inisiatif yang diambil Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang menyahut hala tuju Persekutuan Pengakap Malaysia iaitu Pendigitalan Dalam Pengakap dengan memperkenalkan Johor Scout Digital ID kepada pemimpin di negeri Johor,” katanya.

Pada majlis itu, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dengan LaraBIT Technologies Enterprises turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).

MoU ini adalah bertujuan merealisasikan Pelan Digitalisasi PPM Negeri Johor – Menuju Dekad Baharu PPM Johor 2028. Pendigitalan PPM Negeri Johor secara menyeluruh dalam aspek, tadbir urus, pengurusan sumber dan aset bagi memacu kecemerlangan organisasi pada masa hadapan. – Malaysiapost

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024