Korobori Pengakap Johor 2024 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Aug 1, 2024

Korobori Pengakap Johor 2024


Korobori Pengakap Johor 2024 telah berlangsung 4 hari 3 malam di Pantai Air Papan, Mersing.


Korobori ini berhasrat membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki keterampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

Sarat dengan aktiviti lasak dan mengintegrasi teknologi dalam semua aktiviti selaras dengan inisiatif Digitalisasi Pengakap sekaligus memastikan pergerakan ini kekal relevan dan berdaya saing di samping aktiviti utama ilmu kepengakapan yang tidak diketepikan.

Terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah Mersing dan semua agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak kerana telah bertungkus lumus menjayakan program ini dengan jayanya.

Tahniah kepada Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, PPM Negeri Johor yang menyokong serta membimbing sehingga program ini berlangsung dengan cemerlang.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada DC Mersing, Tuan Mohd Saberi bin Rajab dan barisan ADC serta pemimpin Pengakap Daerah Mersing yang telah memikul tanggungjawab dengan baik selaku tuan rumah program.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap, PPM Negeri Johor yang menyokong jitu sepanjang program ini berlangsung.

Tahniah kepada Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor Unit Kanak-kanak, Tuan Ezuwan Zailani bin Ibrahim selaku Penyelaras program Korobori Pengakap Johor yang telah mengurus program ini dengan cemerlang sekali.

Tahniah dan terima kasih buat semua ADC Pengakap Kanak-kanak.

Tahniah dan terima kasih buat semua ADC Pentadbiran.

Tahniah dan terima kasih buat semua ADC Program.

Tahniah dan terima kasih buat semua ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Tahniah dan terima kasih buat semua pemimpin yang mengiringi ahli pengakapnya untuk menimba sesuatu kelainan ilmu.

Terima kasih buat semua Kuasa Penganjur yang membenarkan ahli pengakapnya turut serta dalam program yang sangat bermakna ini.

Terima kasih buat para ibu bapa dan penjaga yang mengizinkan dan percaya kepada Pengakap Johor untuk mengadakan program ini untuk anak mereka.

dan...
Tahniah buat semua ahli pengakap kanak-kanak Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang menyertai program ini yang sarat dengan ilmu dan aktiviti.

Jumpa lagi di Korobori yang akan datang.

Pengalaman itu tidak datang sendiri. Ianya harus di cari dan dimanfaatkan.

Terbaik! Terbaik! Terbaik!

Scan QR untuk album menarik sepanjang Korobori Pengakap Johor 2024 berlangsung.

Koleksi Album Sepanjang Korobori Pengakap Johor 2024 Berlangsung.

Perasmian Pembukaan Album 1

Perasmian Pembukaan Album 2

Korobori Pengakap Johor 2024 Day 2

Korobori Pengakap Johor 2024 Day 3A

Korobori Pengakap Johor 2024 Day 3B

Penutupan Korobori Pengakap Johor 2024

Koleksi Gambar Umum sempena Korobori Pengakap Johor 2024

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024