Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor, Tuan Mejar AW Haji Mohd Khir bin Muda telah dianugerahkan Bintang Semangat Rimba (BSR) – Emas yang disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Pada istiadat berkenaan, Tuan Haji Mohd Hanafi bin Samad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah dianugerahkan Bintang Semangat Rimba (BSR) – Perak, Encik Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing telah dianugerahkan Bintang Semangat Rimba (BSR) – Perak, Encik Mohd Nazrul Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Gemilang dan Encik Mohd Kamal bin Ahmad Untong, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang.
Johor menjadi negeri yang paling ramai penerima Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) kali ini. Empat (4) Pingat Perkhidmatan Gemilang, empat (4) Pingat Perkhidmatan Cemerlang, lima (5) Pingat Perkhidmatan Lama, sembilan (9) Pingat Perkhidmatan Setia dan tiga puluh lapan (38) orang pemimpin Pengakap Johor telah menerima Pingat Perkhidmatan Baik.



.jpg)




.jpg)
No comments:
Post a Comment