Majlis Apresiasi Seraut Jasa Sedulang Budi Tahun 2025 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Tinggi. - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Nov 14, 2025

Majlis Apresiasi Seraut Jasa Sedulang Budi Tahun 2025 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Tinggi.

 


Pada 14 November 2025 bertempat di Abang Tanjak Event Hall, Kota Tinggi, Johor telah berlangsungnya Majlis Apresiasi Seraut Jasa Sedulang Budi Tahun 2025 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kota Tinggi.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mejar AW Haji Mohd Khir bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.
Seramai 241 orang ahli pengakap telah menerima Anugerah Rambu Pengakap. Seramai 202 orang penerima Anugerah Rambu Pengakap Kanak-kanak, 24 orang penerima Anugerah Rambu Pengakap Muda dan 15 orang penerima Anugerah Rambu Pengakap Remaja.
Pada majlis yang sama telah disampaikan Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri Johor (SKKPNJ) kepada 19 orang pemimpin yang telah berbakti kepada PPM Daerah Kota Tinggi.
Majlis turut dihadiri oleh Tuan Muhammad Rizal bin Md Said - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor dan Tuan Ezuan Zailani bin Ibrahim - Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor unit Pengakap Kanak-kanak.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor pada ucapannya mengharapkan agar lebih ramai penerima anugerah rambu yang mempunyai sahsiah yang terpuji dalam pengakap pada masa akan datang.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Rambu!
Tahniah kepada semua penerima SKKPNJ!
Tahniah kepada PPM Daerah Kota Tinggi di atas kelancaran majlis anugerah ini!
Video penuh rakaman majlis anugerah;
Kredit kepada Cikgu Mohd Fadlee Bin Sulaiman di atas perkongsian rakaman video.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024