22 November 2025 bertempat di Dewan Zenxin SMK Jalan Mengkibol, Kluang Johor telah berlangsungnya Istiadat Penyampaian Sijil dan Anugerah Rambu 2025 anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kluang.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mejar AW Haji Mohd Khir bin Muda, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.
Seramai 391 orang ahli pengakap telah menerima Anugerah Rambu Pengakap.
Rambu Pengakap Kanak-Kanak : 352 orang
Rambu Penganap Muda : 31 orang
Rambu Pengakap Remaja : 3 orang
Rambu Pengakap Kelanan : 5 orang
Manakala seramai 40 orang pemimpin menerima Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negeri Johor sebagai tanda penghargaan dari PPM Negeri Johor kepada pemimpin yang telah berjasa.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Vimala Devi, Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jalan Mengkibol dan Tuan Sharizam bin Talib, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang.
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor pada ucapannya bahawa rambu pengakap yang diperoleh itu Adalah sebagai tanda kecemerlangan sebagai seorang ahli pengakap. Semoga penerima rambu pada hari ini dapat membantu dan menunjukkan contoh yang baik kepada ahli pengakap yg lain.
Majlis diserikan dengan persembahan tarian zapin dan persembahan Cerita Hutan.
Tahniah kepada semua penerima Anugerah Rambu!
Tahniah kepada semua penerima SKKPNJ!
Tahniah kepada PPM Daerah Kluang di atas kelancaran majlis anugerah ini!
Kredit Photo kepada Cikgu Norazlinah binti Bachik
Link album : https://photos.app.goo.gl/XKJJXjTG3bm5FWAU8






No comments:
Post a Comment