Belasungkawa Allahyarham Mantan Menteri Besar Johor - Datuk Abdul Ajib bin Ahmad - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 3, 2011

Belasungkawa Allahyarham Mantan Menteri Besar Johor - Datuk Abdul Ajib bin Ahmad


Datuk Abdul Ajib bin Ahmad

Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

3 Februari 2011, allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Pakar Damansara, Kuala Lumpur kerana serangan jantung meninggalkan seorang isteri Datin Ropeah Hassan dan empat orang anak. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. Amin.

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024