Perginya Seorang Tokoh Pengakap Negeri Johor Berjasa - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Feb 8, 2011

Perginya Seorang Tokoh Pengakap Negeri Johor Berjasa


Tuan Haji Hamidon bin Harun mantan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 5 Februari 2011 lebih kurang pukul 12.30 malam di Hospital Pakar Ampang.

Jenazah almarhum akan disembahyangkan di Masjid Taman Tun Razak Ampang, dan akan dikebumikan di tanah perkuburan KOSAS pada 6 Februari 2011.


Seorang tokoh Pengakap negeri Johor yang aktif dan disegani. Beliau seorang yang berpewatakan lemah lembut tetapi tegas, dan tetap pendirian. Walaupun beliau mempunyai masalah kesihatan iaitu penyakit jantung, semasa hayatnya beliau masih berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pesuruhjaya Negeri Johor selepas mantan Tn Hj Ibrahim bin Junid dilantik sebagai ahli Majlis Persekutuan Pengakap Malaysia.

Apabila segala tugas yang telah diamanahkan ke atas beliau telah selesai serta berpuas hati dengan organisasi PPMN Johor yang telah mantap, maka ketika itu beliau membuat keputusan untuk menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Negeri kepada Tn Hj Yaacob bin A Karim hingga sekarang.


Perginya almarhum merupakan satu kehilangan besar bagi PPMNJ. Jasa dan bakti yang telah beliau sumbangkan pasti tetap dikenang buat selamanya.

Dirakam semasa jamuan meraikan kejayaan kontinjen negeri Johor di Jambori Kebangsaan di Selangor. Majlis di adakan di rumah seorang lagi tokoh pengakap negeri Johor, allahyarham Tuan Haji Ismail bin Hussein.

Gambar di rakam pada 25 Disember 2010 oleh kunjungan Pengakap Kelana Semerah, Batu Pahat.

Al-Fatihah

Semoga roh almarhum dicucuri rahmat serta ditempat bersama-sama orang yang beriman dan para solihin.

Koleksi gambar Hj Ramli, Pn Rosmah dan Kelana Semerah.

1 comment:

rosmah said...

Seorg tokoh pengakap yg mesra dgn semua org. sudi turun padang. lebih mesra menganggap dirinya bapa kepada semua ahli kelana. memberi peluang dan ruang bakat muda membantu mewarnai dunia pengakap. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat. Amin.

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024