Tokoh Pengakap - Siri 1 - PENGAKAP JOHOR

Feb 1, 2011

Tokoh Pengakap - Siri 1


hj-ismail-husin-60a-jln-md-salleh-pontian_1994

ALMARHUM TUAN HAJI ISMAIL BIN HUSSEIN
Alamat : No. 60A, Jln. Mohd Salleh,
82000 Pontian, Johor
Dilahirkan pada 1 Oktober 1935 di Pontian, Johor. Telah ditauliahkan sebagai pemimpin pengakap di Masai pada 1 Oktober 1954. Menjadi Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pontian pada 16 September 1969. Pada 25/6/1993 ditauliahkan sebagai Pen. P/J Negeri Johor (Unit Pengakap Remaja). Beliau telah dianugerahkan bintang pengakap tertinggi iaitu Semangat Padi. Prinsip beliau ialah pengakap merupakan satu pergerakan yang mempunyai peraturan, disiplin dan menyatukan semua kaum.

181444_185584411472484_100000627803801_508832_6874080_n
 Bersama Pengakap SM Sains Kota Tinggi di rumah beliau.

166865_185584151472510_100000627803801_508830_7995854_n

Bersama sebahagian Kontinjen Negeri Johor di Jambori Pengakap Negeri Selangor tahun 2000. Allahyarham menjadi ketua kontinjen. Pada Jambori ini, KONJO (Kontinjen Johor) memenangi 5 acara diantaranya ialah Tapak Khemah Tersusun, Kebersihan, Pintu Gerbang Terbaik, Persembahan Malam Kebudayaan.

jam_perak
 Bersama kontinjen Johor di Jambori Pengakap di Perak
ISMAIL+HUSSEIN
Jasa allahyarham dalam menyumbang bakti dalam kepengakapan membakar semangat jiwa di kalangan anak didik beliau. Semoga Rohnya di tempatkan disisi orang-orang beriman.

Gelaran allahyarham dikalangan ahli pengakap negeri Johor = Ayah.
Bila sebut Ayah, itulah dia Allahyarham Tn Hj Ismail bin Hussien.

SULTAN+SARIFUDIN+JAMBSEL+2001

Menjadi Ketua Kontinjen Johor di Jambori Selangor 2000

251388_183093331745765_1981405_n

Ahli Pengakap Kelana D Pontian bergambar kenangan di perkarangan rumah beliau.
Rumah ini menjadi pusat aktiviti pengakap Pontian dan juga pengakap Negeri Johor suatu ketika dahulu.

.

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024