PENGAKAP JOHOR

PENGAKAP JOHOR

Pelajar OKU menang Anugerah Reka Cipta Magis 2016


KUALA LUMPUR 2 Dis. - Tiga orang murid dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Skudai Johor berjaya membuktikan kepada orang ramai bahawa kekurangan pada diri mereka mengalami autisme dan lembam tidak menghalang mereka berjaya mencipta hasil rekaan kotak Perangkap Minyak Masak dan Kotak Mesin Pembakar Roti dalam Pertandingan Malaysian Agricultural Invention show (MAGIS 2016) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 di Serdang dekat sini hari ini. 


Hafsham bin Othman, 14, Mohd. Daniel bin Othman, 12, dan Mohd. Syamil Zarief bin Effendi, 12, merupakan ahli pengakap kanak-kanak yang aktif di daerah Johor Bahru di bawah bimbingan pemimpin yang juga memegang jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Johor Bahru, iaitu Enncik Mohd. Firdaus bin Maskan.


Mohd. Hafsham sememangnya seorang remaja yang istimewa kerana mencetuskan ilham untuk mencipta kotak ini hasil pemerhatian terhadap perniagaan bapanya, sebagai penjual makanan termasuk sate. Manakala Mohd. Daniel Othman, 12, dan Mohd. Syamil Zarief Effendi, 12, mencipta Mesin Pembakar Roti ekoran daripada ibunya yang berniaga warung makanan yang turut menyediakan roti bakar kepada pelanggan. “Selalunya, jika kita menggunakan pembakar roti, hanya dua keping roti dapat dibakar tetapi dengan mesin ini enam keping roti boleh dibakar sekali gus dan ibu saya dapat menyediakan roti bakar dengan lebih banyak bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya. 

Lebih cerita mengenai mereka bertiga di link di bawah :-



http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelajar-oku-menang-anugerah-reka-cipta-magis-2016-1.415757



Gambar dari koleksi cikgu Mohd Firdaus bin Maskan.
Pelajar OKU menang Anugerah Reka Cipta Magis 2016 Pelajar OKU menang Anugerah Reka Cipta Magis 2016 Reviewed by PPMNJ - PENTADBIRAN on 7:00 AM Rating: 5

No comments:

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Klik Gambar untuk Video