Sultan Kelantan diisytihar Agong ke-15 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Dec 14, 2016

Sultan Kelantan diisytihar Agong ke-15


KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, se di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Oktober lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 kelmarin. - BERNAMA

Kami dari Persekutuan Pengakap Malaysia negeri Johor merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV. Semoga Allah Subhanahu Wataala Memberkati Pemerintahan Yang Mulia Tuanku. Allahuakbar dan Daulat Tuanku!

No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024