kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor (Khas Untuk Pemimpin Pengakap) - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 8, 2021

kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor (Khas Untuk Pemimpin Pengakap)

 


Rabu, 9 Jun 2021 - Seramai 90 orang pemimpin pengakap Persekutuan Pengakap Negeri Johor sedang menghadiri kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor (Khas Untuk Pemimpin Pengakap) secara google meet dari jam 8.00 pagi dan akan berakhir pada jam 5.00 petang ini (9 Jun 2021).

Penyelaras ARP Pengakap Negeri Johor yang telah dilantik iaitu - Tuan Suhizulhisham Kliwon (ASC Pengakap Muda) telah menguruskan kursus ini.

Program dimulakan dengan ucapan dan penerangan oleh Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Negeri Johor - Encik Abd Isa bin Abd Rasah. Sesi penerangan diteruskan oleh Cikgu Aris Mohd Dol, seorang pakar dalam bidang ARPRM. Slot penerangan disambung oleh Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) - Panel Penilai ARPRM Emas Kebangsaan.

Semoga amanat dan harapan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh menjadikan ARP sebagai program atau aktiviti berkembar dengan segala aktiviti Pengakap Negeri Johor dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Harapan juga agar program ini memberi manfaatkan kepada seluruh ahli pengakap negeri Johor.

Untuk makluman, telah dilantik penyelaras ARP Pengakap di setiap daerah di negeri Johor. Boleh hubungi Pesuruhjaya Pengakap Daerah anda.













No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024