Mesyuarat Pengurusan Program Pengakap Johor Fasa 2/2021 - PENGAKAP JOHOR

Jun 4, 2021

Mesyuarat Pengurusan Program Pengakap Johor Fasa 2/2021

190559100_10158633579708096_2037180462058588750_n

Pada 4 Jun 2021 jam 9.00  malam telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurusan Program Pengakap Johor Fasa 2/2021 secara online menggunakan medium google meet. Mesyuarat dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor - Program, Tuan Rodyisnainsyah Julaihi.

Mesyuarat ini telah disertai oleh semua unit utama dalam Pengakap Negeri Johor iaitu Pn Noraishah binti Idris (ASC Pengakap Lebah), Tuan Mohd Khairi bin Jailani (ASC Pengakap Kanak-kanak), Tuan Suhizulhisham bin Kliwon (ASC Pengakap Muda), Tuan Jairuddin bin Hadjilani (ASC Pengakap Remaja), Tuan Mohd Faris bin Adanan (ASC Pengakap Pendidikan Khas) dan Pn Maslinda binti Mat Daros(ASC Pengakap Laut). Pada mesyuarat ini ASC Profil - Pn Rosmah binti Abdullah turut sama bagi merancakkan lagi program pengakap Johor.

Pada mesyuarat ini juga telah diumumkan pelantikan Cik Norhidayah Abd Jalil sebagai setiausaha Program Pengakap Negeri Johor yang baharu.

Tujuan utama mesyuarat adalah membincangkan dan membuat penyelarasan perihal program anjuran Pengakap Negeri Johor bagi fasa kedua bagi tahun 2021 untuk ahli-ahli pengakap Johor.



Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024