Sembang Santai Program Pengurusan Tertinggi Pengakap Johor Fasa 2 - Siri 1 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Jun 2, 2021

Sembang Santai Program Pengurusan Tertinggi Pengakap Johor Fasa 2 - Siri 1


Pada 2 Jun 2021 jam 9.15  malam telah berlangsungnya Sembang santai secara online menggunakan medium google meet.

Program dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Tn Hj Ramli Ibrahim, Tn Hj Abd Razak bin Idris bersama ASC Program, Tuan Rodyisnainsyah Julaihi serta unit-unit utama dalam Pengakap Negeri Johor iaitu Pn Noraishah binti Idris (ASC Pengakap Lebah), Tuan Mohd Khairi bin Jailani (ASC Pengakap Kanak-kanak), Tuan Suhizulhisham bin Kliwon (ASC Pengakap Muda), Tuan Jairuddin bin Hadjilani (ASC Pengakap Remaja), Tuan Zalini bin Johari (ASC Pengakap Kelana), Tuan Mohd Faris bin Adanan (ASC Pengakap Pendidikan Khas) Tuan Mohd Khairul bin Zainal (ASC Pengakap Udara). Turut hadir ASC Pentadbiran, Tuan Anuar bin Salleh.

Tujuan utama adalah membincangkan perihal program anjuran Pengakap Negeri Johor bagi fasa kedua bagi tahun 2021. Satu mesyuarat sambungan akan dijalankan pada 4 Jun 2021 dipengerusikan oleh ASC Program PPM Negeri Johor.




No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024