Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Johor Tahun 2021 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 28, 2021

Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Johor Tahun 2021


Mesyuarat Agung Majlis Pengakap Negeri Johor.
Tarikh : 28 Oktober 2021
Masa : 12.00 tengahari
Tempat : Bilik Gerakan Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor

Seramai 9 orang dari Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri mesyuarat secara bersemuka manakala yang lain mesyuarat secara dalam talian menggunakan platform Cisco Webex.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Tuan Anuar bin Salleh, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Pentadbiran. Majlis diteruskan dengan upacara memperbaharui persetiaan diketuai oleh Tuan Muhammad Rizal Mat Said, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Antarabangsa. Bacaan doa diketuai oleh Tuan Mohd Firdaus bin Maskan, Penolong Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor - Global Inisiatif.

Mesyuarat diteruskan dengan ucapan perutusan Y.B. Dato' Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan). Kemudian Tuan Bardin bin Uteh membentangkan minit mesyuarat yang lepas. Agenda seterusnya membentangkan Penyata Kewangan Majlis Pengakap Negeri, melantik Setiausaha Kehormat, Penolong Setiausaha Majlis, Bendahari Kerhormat dan Juru Audit Majlis Pengakap Negeri Johor yang baharu.

Seterusnya mengesahkan pemilihan ahli-ahli majlis yang baharu, mengesahkan pelantikan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja MPNJ.

Pada akhir mesyuarat ini disampaikan cendermata kepada mantan Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor, Tuan Haji Yaacob bin A Karim dan juga Tuan Daud bin Abd Rahman, mantan bendahari kehormat Majlis Pengakap Negeri Johor.

Berikut adalah lantikan baharu dalam MPNJ;

Setiausaha Kehormat
Encik Muhammad Nor bin Jaafar
Penolong Setiausaha (Pentadbiran Am)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Penolong Setiausaha
Encik Mohamed Azahari bin Mohamed Rawi
Penolong Setiausaha (Tugas Khas) Bahagian Khidmat Pengurusan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor

Bendahari Kehormat
Tuan Mohamad Rizal Bin Mat Said
Ketua Unit Undang-undang
Majlis Daerah Kota Tinggi

Tahniah pada yang dilantik.
Tahniah pada Tuan Bardin kerana mesyuarat ini yang ditunggu-tunggu.
Tahniah pada semua yang hadir mesyuarat sama ada bersemuka mahupun secara dalam talian.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.15 petang.

























No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024