Program Penghijauan Malaysia 2020-2025 Fasa 1 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 2, 2021

Program Penghijauan Malaysia 2020-2025 Fasa 1

 


Program Penghijauan Malaysia 2020-2025

1 Oktober 2021 - Bertempat di Hutan Simpan Kluang Johor, Kampung Gajah, (Bersebelahan dengan Taman Desa Sejahtera, Kluang) telah dilaksanakan Fasa 1 bagi Program Penghijauan Malaysia 2020-2025 anjuran Econinja.my dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Persekutuan Pengakap Malaysia. Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor turut sama terlibat dalam program ini.

Program ini adalah program perantis penanaman pokok di kawasan seluas 1,000 ekar. 100 orang peserta terlibat dalam projek fasa 1 ini dengan membuat tanaman 2,222 batang anak pokok.

Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Negeri Johor, Tuan Bardin bin Uteh turut sama menanam pokok pada program tersebut. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kluang, Tuan Sharizam bin Abd Talib mengetuai barisan ahli Pengakap Kelana Negeri Johor turut hadir bagi sama-sama menjayakan program penanaman pokok ini.

Tujuan Program Kerjasama ini adalah;

• Mendokong usaha kerajaan dalam melaksanakan Program Penghijauan Malaysia.
• Melaksanakan langkah tindakan di dalam Pelan Perancangan Strategik PPM 2018-2023
• Menyediakan platform untuk pengakap melengkapkan kriteria lencana:

Pengakap Kanak-Kanak

6.4. Lencana Pencinta Alam Semulajadi

Pengakap Muda

5.9. Ahli Perhutanan

Pengakap Kelana

2.2. Lencana Perkhidmatan (C)

• Lencana MoP – setelah melengkapkan laporan.

Bersama-sama memakmurkan muka bumi ini dengan penanaman pokok kerana anda adalah hero masa hadapan bumi kita!





























No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024