Bantuan Prihatin kepada balu allahyarham Tuan Mahadzir bin Karimon - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 8, 2021

Bantuan Prihatin kepada balu allahyarham Tuan Mahadzir bin Karimon


Bantuan Prihatin kepada balu allahyarham Tuan Mahadzir bin Karimon

Tarikh : Jumaat 8 Oktober 2021
Lokasi : rumah keluarga allahyarham Tn Mahadzir

8 Oktober 2021, seramai 13 orang ahli pengakap telah menyantuni keluarga kepada arwah Tn Mahadzir bin Karimon, mantan ASC PPMNJ bahagian pengurusan risiko dan juga ADC PPMDKT unit pengakap Kelana. Turut hadir Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Johor dan Tuan Rizal bin Abdullah, Pesuruhjaya PPM Daerah Kota Tinggi.

Pada kunjungan ini juga diadakan penyerahan sumbangan daripada PPM Negeri Johor yang telah disampaikan oleh Tuan Bardin bin Uteh. Manakala penyerahan sumbangan daripada PPM Daerah Kota Tinggi telah disampaikan oleh Tuan Rizal bin Abdullah.

Turut diadakan penyerahan kad keahlian dan sijil manikayu pengenalan kepunyaan arwah kepada isterinya.

Semoga dengan penyerahan sumbangan ini akan dapat meringankan sedikit beban kepada waris yang ditinggalkan.

Di sediakan oleh:
Rukiah binti Rasedin
Setiausaha PPMDKT
ADC Profil Kepengakapan PPM Daerah Kota Tinggi







No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024