Webinar Pelan Perancangan Strategik untuk Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 5, 2021

Webinar Pelan Perancangan Strategik untuk Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor


2 Oktober 2021

Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Webinar Pelan Perancangan Strategik untuk Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor pada 9.30 pagi 2 Oktober 2021 secara langsung (live) menggunakan platform youtube di channel Pengakap Johor.

Webinar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh moderator, Tuan Emir Nashriq bin Abu Kassim, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kulai dan diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azmi bin Yusof, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Pasir Gudang. Ucapan perasmian pembukaan disampaikan oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Johor.

Pengisian webinar ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Haji Mohd Azlan bin Ab Jalil, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan unit Pengurusan dan Tadbir Urus (Rancangan Strategik dan Perkembangan) Persekutuan Pengakap Malaysia dan dibantu oleh Ts. Jayakanthan a/l M. Lachmanan, Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan, Adult in Scouting merangkap Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Tadbir Urus Kebangsaan, Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pelan Strategik Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor 2021 – 2025 dibentuk mengikut garis panduan Pelan Strategik Persekutuan Pengakap Kebangsaan 2023. Melibatkan pemurnian visi (ke mana tujuan kami) dan misi (mengapa kami diwujudkan) sejajar dengan keperluan semasa hingga tahun 2025.

 

Pada webinar ini disampaikan tentang perancangan pelan strategik, pelan operasi dan audit GSAT(Global Support Assessment Tool) bagi PPM Negeri Johor. Pada masa yang sama dikongsikan analisis semasa PPM Negeri Johor berdasarkan analisis SWOT iaitu Strength -Kekuatan, Weakness - Kelemahan, Opportunities - Peluang dan Threats – Ancaman.

 

Dalam Pelan Perancangan Strategik ini juga menitikberatkan program golongan muda, golongan dewasa dalam pengakap, tadbir-urus, komunikasi dan perhubungan, sumber dan perkembangan dalam pergerakan pengakap.

Semoga dengan adanya webinar ini dapat dijadikan panduan untuk pemimpin di sekolah, pesuruhjaya daerah bersama penolong pesuruhjaya di setiap daerah, para timbalan dan semua penolong ketua pesuruhjaya negeri dapat bergerak lebih proaktif sejajar dengan intipati yang telah disampaikan.

Ucapan tahniah dan sekalung penghargaan kepada barisan jawatankuasa yang diketua Timbalan Ketua Pesuruhaya Negeri PPM Negeri Johor, YM Megat Mohd Nizar bin Megat Abd Rahman di atas kejayaan penganjuran webinar kali ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

 







No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024