Perasmian Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021 - PENGAKAP JOHOR

BERITA SEMASA

Oct 9, 2021

Perasmian Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021


 Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021

9 Oktober 2021 jam 10.00 pagi

Telah berlangsungnya majlis perasmian Pertandingan Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021.

Majlis dimulakan dengan meraikan kehadiran para peserta dan guru pembimbing oleh pengacara majlis Cikgu Nurul Nadia Zulkifli.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Ucapan yang padat dengan nasihat, panduan dan dorongan kepada peserta yang bakal mengisi dalam pertandingan ini.

Ucapan oleh penyelaras program Tuan Mohd Firdaus Maskan dan penerangan tentang statistik penyertaan dan status terkini pertandingan serta perubahan dalam kategori pertandingan yang bakal dijalankan.

Majlis diteruskan lagi dengan taklimat dan panduan pertandingan oleh Ustaz Huszarudin Hussin, Penyelaras MyDigital Maker School Champion Negeri Johor. Taklimatnya padat, sangat jelas dan mudah difahami.

Tahniah kepada semua peserta dan guru pembimbing yang turut sama menjayakan perasmian Pertandingan Johor Scout Integrated Scratch Challenge 2021.














No comments:

Ahli Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor 2022-2024